Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM baharu, Latheefa Koya memulakan tugasnya dengan Iltizam membanteras rasuah habis-habisan, seterusnya mengubah Malaysia sebuah negara telus dan bebas rasuah. Dalam satu kenyataan media, Latheefa menjelaskan… budaya tiada toleransi terhadap rasuah akan diterapkan menerusi sistem pendidikan, antara sebahagian pelan tindakan jangka panjang. Beliau dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bermula 1 Jun lalu untuk tempoh kontrak selama dua tahun. Ia bagi menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdul, setelah permohonannya memendekkan perkhidmatan kontrak, diluluskan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini