Tiada stok vaksin luput dibekalkan kepada Pusat Simpanan Vaksin dan Pusat Pemberian Vaksin berdasarkan semakan Kementerian Kesihatan.

KKM sentiasa memantau secara berterusan bekalan dan tarikh luput vaksin yang diterima pusat berkenaan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan tular di media sosial dakwaan vaksin Covid-19 yang diberikan kepada penerima telah atau hampir luput.

Pemantauan menggunakan Sistem Pengurusan Vaksin selain sistem inventori sedia ada yang terdapat di fasiliti terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Penentuan jangka hayat produk farmaseutikal termasuk vaksin COVID-19 ditetapkan berdasarkan ujian kestabilan produk vaksin yang dijalankan pihak pengilang.

Ujian dijalankan pada masa nyata untuk suhu penyimpanan tertentu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini