Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan tiada varian Omicron COVID-19 dikesan di Malaysia setakat ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata hasil itu diperoleh hasil kajian penjujukan genom dilakukan  tujuh makmal termasuk Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI).

Sebanyak 5,651 sampel telah dianalisis dan 3, 885 sampel dikenal pasti sebagai varian jenis Delta manakala dua sebagai subvarian AY4.2 yang dikesan bulan lepas. Beliau juga memaklumkan, MGVI akan melaksanakan kajian penjujukan genom terhadap individu yang didapati positif COVID-19 di pintu sempadan negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini