Langkah kerajaan negeri Kedah untuk tidak lagi mengeluarkan lesen premis perjudian wajar dicontohi negeri-negeri lain.
 
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, aktiviti penjualan arak juga turut dihadkan di Kedah bagi menangani masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Konvensyen Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan di ibu negara.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai status bank susu bayi pramatang, Datuk Marzuk berkata, pihaknya kini sedang meneliti isu tersebut berdasarkan keadaan semasa masyarakat serta fatwa bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini