Dua beradik yang menyerang seorang guru berusia 52 tahun, di sebuah sekolah menengah di Bachok, ditahan reman selama empat hari di Mahkamah Majistret Bachok, semalam.Dua beradik berusia 30 dan 42 tahun direman selepas perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Azem Fatihi Kamal untuk siasatan lanjut.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan bagi kesalahan memukul dan Seksyen 447 akta sama kerana menceroboh.Terdahulu, media melaporkan mengenai video seorang lelaki memarahi seorang guru tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp, Sabtu lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini