Tiga agenda bakal dilaksanakan bagi menghadapi temasya Olimpik dan Paralimpik Paris 2024. Perkara itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam mempersiap kontinjen negara dalam tempoh 3 tahun. Menurut beliau, perkara pertama ialah penubuhan Jawatankuasa Penilaian dan Penambahbaikan untuk menilai secara keseluruhan pelaksanaan program Road to Tokyo.

Katanya jawatankuasa itu akan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk M Noor Azman Taib dengan dianggotai wakil Majlis Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Paralimpik Malaysia, Institut Sukan Negara, badan sukan serta semua pihak berkepentingan.

Bagi agenda kedua pula ialah memulakan Program Khas Olimpik dan Paralimpik daripada hasil dapatan Kajian Jawatankuasa Penambahbaikan Program Podium. Dan yang terakhir, beliau mahu melihat keterlibatan persatuan sukan yang lebih berkesan bagi mengukuhkan pengenalpastian bakat di setiap peringkat kejohanan.

Di Olimpik Tokyo 2020, kontinjen negara membawa pulang 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Manakala bagi kejohanan Paralimpik Tokyo 2020, Malaysia meraih 3 emas dan dua perak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini