Tiga Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) akan ditambah bagi mempertingkat pertahanan keselamatan di sempadan Sabah dan Sarawak.

Dianggarkan 1,000 anggota akan ditempatkan di Zon Barat dan Timur (Sabah) serta Bintulu (Sarawak).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Zainal Abidin Kasim memberitahu, penambahan anggota mampu memperhebat operasi mengekang aktiviti pencerobohan di sempadan negara.

Pihaknya juga sedang mengusahakan penyediaan Dron Berkuasa Tinggi.

Ini bagi memperkemas pengawalan keselamatan, khasnya di sempadan Kelantan, Perak, Perlis, Sabah dan Sarawak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini