Sepasang suami isteri dan seorang bayi ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Alah Batu, Jalan Kuala Slim, dekat Slim River, Perak.Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, mayat pasangan suami isteri berusia 30-an dan bayi lelaki ditemukan di dalam bilik rumah yang terbakar 70 peratus.Seramai 21 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dan BBP Slim River dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 3.30 pagi tadi.Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini