27 kru tiga bot, yang membawa muatan kelapa terselamat, selepas berdepan detik cemas apabila bot dinaiki karam akibat cuaca buruk, di Perairan Pulau Pisang, Johor.

Pengarah Maritim negeri, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, KLM Budiman dijumpai hampir tenggelam di kedudukan 8.1 batu nautika Tanjung Laboh oleh sebuah kapal kargo.

Semua 10 kru selamat.

Dalam kejadian berasingan, tujuh kru KLM Alam Makmur pula ditemui di kedudukan 7.4 batu nautika barat daya Pulau Pisang oleh sebuah kapal pasir.

Bot tersebut telah karam dan kedudukannya tidak diketahui.

Manakala, 10 kru KLM Firman Jaya Tiga turut diselamatkan sebuah bot dan dibawa ke Tanjung Balai, Indonesia.

Bot karam dan lokasi tidak dapat dikenalpasti.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini