Tiga lelaki ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika cuba menyeludup 1.3 tan daun ketum ke negara jiran dengan menggunakan bot nelayan tempatan di perairan Kuala Kedah, semalam.

Kesemua mereka yang merupaka lelaki warga tempatan berusia 33 hingga 39 tahun itu ditahan jam 2.30 pagi pada kedudukan satu batu nautika di barat muara Kuala Kedah.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak, berkata tangkapan itu berdasarkan maklumat dan risikan berkaitan sebuah bot nelayan tempatan Kelas A yang disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan sedang bergerak menuju keluar dari muara Kuala Kedah.

Siasatan awal mendapati, tiga suspek terbabit menerima upah sebanyak RM200 seorang bagi satu perjalanan penghantaran.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan tersebut.

Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini