Tiga fokus utama diberi perhatian bagi menaiktaraf sistem perparitan sedia ada di seluruh negara.

Tujuannya bagi mengurangkan risiko dan mengelakkan banjir besar terutama negeri-negeri yang sering berlakunya banjir setiap tahun.

Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiga fokus utama itu adalah amaran awal banjir, pencegahan kawasan sering berlaku banjir dan menyediakan kemudahan seperti pam bergerak di kawasan yang dikenalpasti.

Kementerian juga akan memberi keutamaan kepada negeri-negeri yang sering berlaku banjir seperti Terengganu, Kelantan, Johor, Pahang Dan Selangor.

Beliau ditemui selepas membuat tinjauan ke kawasan sistem perparitan di Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini