Tiga cedera dalam kemalangan di Taman Ixora, Jalan Selirik, Kapit, Sarawak, semalam.

Menurut Pusat Gerakkan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, kemalangan melibatkan dua kenderaan.

Balai Bomba dan Penyelamat Kapit menerima panggilan kira-kira pukul 11.18 malam dan bergerak ke lokasi dengan kekuatan lapan anggota.

Seorang daripada mangsa patah kaki kanan dan dikeluarkan daripada kenderaan dengan bantuan bomba.

Manakala, dua lagi mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius.
 
Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11.41 malam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini