Tiga jam tangan mewah yang sepatutnya dilihat pelanggan dilarikan empat lelaki bersenjata di restoran di Mount Austin di Johor Bharu, Johor, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, ketika kejadian peniaga berusia 26 itu membuat janji temu untuk berjumpa pelanggannya di restoran tersebut.

Dalam kejadian 1.45 tengah hari itu, mangsa turut ditemani dua rakannya.

Semasa menunggu pelanggan, tiba-tiba mereka didatangi empat lelaki bersenjata.

Empat lelaki terbabit mengambil tiga jam tangan jenama Rolex dan sebentuk cincin emas sebelum melarikan diri.

Mangsa turut mengalami luka di tangan dan kerugian dianggarkan bernilai RM400,000.

Polis sedang giat mengesan semua suspek dengan meneliti beberapa kamera litar tertutup (CCTV).

Kes disiasat mengikut Seksyen 397 dan 397 Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini