Tiga kanak-kanak lelaki ditemukan rentung manakala enam ahli keluarga mereka selamat dalam kebakaran di rumah mereka di Kampung Seberang Kedai, Lawas malam tadi.

Ketiga-tiga beradik itu adalah Mohd Hesdi Huzaidi Azrie, 4, Mohd Hezmi Huzaili,7, dan Mohd Hezry Huzaimi, 8.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11 malam, susulan itu tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lawas digegaskan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 17 kilometer dari balai bomba tersebut.

Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat berstruktur separuh kekal yang telah musnah 100 peratus.

Menurut jurucakap itu, ahli keluarga yang terselamat adalah bapa dan ibu kanak-kanak itu iaitu Azrie Latip, 45, dan Dayangku Hadianawati, 38, serta dua adik-beradik, Ariesya Aryana,14, dan Muhd Hezrie,12.

Turut terselamat ialah datuk mereka, Awangku Jeman Pengiran Abd Hamid, 72, dan nenek, Aminah Matusop, 73.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 12.45 malam dan mayat kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini