Berkuat kuasa serta merta, tiga komoditi berasaskan ayam diberi kebenaran khas untuk dieksport keluar.

Kebenaran diberi selepas siri perbincangan terperinci dilaksana Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan dengan pemain industri dan persatuan penternak susulan larangan eksport ayam berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Kebenaran khas hanya melibatkan ayam daging berwarna termasuk ayam kampung dan ayam hitam, semua produk berasaskan ayam, dan anak ayam induk. Larangan eksport untuk ayam pedaging, ayam bulat, keratan ayam dan anak ayam pedaging kekal berkuat kuasa.

Kawalan di semua pintu keluar akan terus dilaksana bagi mengelak penyeludupan. Sekiranya berlaku perlanggaran peraturan, tindakan akan diambil mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011.

Sebelum ini eksport ayam dan produk makanan berasaskan komoditi itu dihentikan bagi memastikan kestabilan bekalan domestik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini