Tiga lagi pengiring atau marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi yang aksinya tular membuat kawalan jalan raya di Port Dickson, Negeri Sembilan tempoh hari, telah menyerah diri, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, tiga lelaki berusia 27, 30, dan 48 tahun, hadir menyerah diri ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson pada pukul 3.40-minit petang.

Ia menjadikan keseluruhan lima orang ditahan selepas dua rakan mereka ditahan pada awal pagi, hari sama.

Dua rakan mereka itu ditahan di rumah masing-masing di kawasan sekitar Port Dickson dan Bandar Springhill.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini