Hujan lebat yang berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di beberapa negeri telah dinaiki air.

Jumlah penduduk terjejas banjir yang dipindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) juga terus mencatatkan peningkatan.

Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan menjadi negeri terbaharu yang dilanda banjir selain Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Di Melaka, 225 penduduk terjejas banjir daripada 54 keluarga dipindahkan ke lima PPS yang dibuka di daerah Alor Gajah, setakat 12 tengah hari tadi.
 
Manakala, tiga PPS turut dibuka di Negeri Sembilan menempatkan 107 penduduk membabitkan 36 keluarga.

Ia melibatkan PPS Balai Raya Jimah Lama dan Balai Raya Permatang Pasir, Port Dickson; serta Surau Keru Hilir, Tampin.

Di Selangor pula lebih 1,000 penduduk terjejas di Telok Gong, Klang dipindahkan ke tiga PPS.

Operasi memindah dan menyelamatkan penduduk turut melibatkan kawasan di daerah Kapar, Banting, Pelabuhan Klang, Andalas, Pulau Indah dan Sepang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini