Tiga lagi Pasar Tani Kekal (PTK) masing-masing di Cameron Highlands, Putrajaya dan Kuala Lipis, Pahang bakal dibina tahun ini membabitkan kos kira-kira RM12 juta.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razalli berkata, pembinaan akan bermula Ogos ini menerusi peruntukan Kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri.

Setakat ini, terdapat 40 PTK sedia ada di seluruh negara, manakala lima lagi sedang dalam pembinaan termasuk PTK Kuala Kangsar yang dijangka siap sepenuhnya Januari 2023.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi lawatan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee ke Pusat Pemasaran Agromakanan FAMA di Manong, Kuala Kangsar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini