Gara-gara menculik rakan senegara, tiga lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Munisipal Butterworth.

Mereka dituduh menculik  Saddik Mohammad Jalil, 26 tahun dengan niat mendapatkan wang tebusan RM3,000  Oktober lalu. 

Tertuduh,  Abdul Rahim Ali Husson,   Taher Ahmad Mustafa Ahmad,  dan Mostaque Ahmed Rofiq Ahmed  menggangguk faham selepas pertuduhan  dibacakan dalam bahasa Melayu.
 
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 21 Oktober, kira-kira jam 8.10 malam hingga 24 Oktober kira-kira jam 8.25 malam di sebuah rumah di Kampung Masjid, Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah.
 
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh memandangkan kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.
 
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 (Akta 365) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum mati boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini