Agensi Penguatkuasaan Maritim Kuala Kedah menggagalkan cubaan menyeludup daun ketum dengan penahanan tiga lelaki tempatan.

Tangkapan dan rampasan dilakukan di kedudukan satu batu nautika barat muara Kuala Kedah, awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata pemeriksaan mendapati, tiga lelaki berusia lingkungan 33 hingga 39 tahun diberkas bersama 130 bungkusan daun ketum seberat 1.3 tan.

Daun ketum terbabit dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran kerana harganya jauh lebih tinggi berbanding dalam negara.

Daun ketum dianggar bernilai RM234,000 serta sebuah bot nelayan dirampas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini