Dua beranak antara tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan membunuh, minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Ramli Lot, 60 tahun, anaknya Ismail Rizwan Ramli, 34 tahun dan Mohd Fuzi Ab Manaf, 47 tahun, selepas pertuduhan dibacakan.

Mereka didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29 tahun, 25 November lalu.

Kesalahan tersebut dilakukan di pasar pagi Rumah Pangsa, Jalan Hospital Ipoh.

Mereka didakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini