Tiga lelaki warga India dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas pertuduhan memberikan rasuah kepada dua anggota polis.

Rasuah berjumlah RM 2,922 itu dilakukan pada 3 September lalu,di Balai Polis Sentral, Johor Bahru.

Ketiga-tiga tertuduh, Kansara Sanjay, 42 tahun, Chavda Ranjitsinh, 35 tahun dan Patel Hasmukhbhai, 32 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa inggeris.

Bagaimanapun Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail memberikan peluang kepada ketiga-tiga mereka untuk mengambil jurubahasa Hindi sebelum menetapkan tarikh sebutan semula pada 22 Disember nanti.

Rasuah tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan berhimpun di premis di dalam kawasan jangkitan Covid-19.

Kes dituduh mengikut seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan boleh dihukum mengikut seksyen 24(1) akta sama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini