Tiga pekerja terbunuh selepas kren yang dinaiki tumbang ke atas jalan dan mencederakan sekurang-kurangnya dua orang yang lalu lalang di Turin, Itali.

Seorang yang cedera berada di jalan dan seorang lagi di dalam kereta. Rakaman visual memaparkan kren biru yang besar tumbang merentasi jalan antara dua bangunan enam tingkat.

Difahamkan kesemua mangsa maut sedang bekerja di pelantar kren apabila kemalangan itu berlaku pada awal pagi. Punca kemalangan sedang disiasat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini