Seorang pelajar berusia 15 tahun melepaskan tembakan di Sekolah Tinggi Oxford di luar bandar Michigan semalam membunuh tiga pelajar sebelum ditahan.

Pejabat Sherif Daerah Oakland berkata, lapan pelajar lain, termasuk seorang guru, cedera dalam serangan pada tengah hari itu.

Mangsa yang maut merupakan dua pelajar perempuan berusia 17 dan 14 tahun manakala seorang lagi pelajar lelaki berusia 16 tahun.

Enam mangsa yang cedera dalam keadaan stabil manakala dua lagi menjalani pembedahan.

Pejabat Sherif berkata, pelajar tahun dua itu ditahan dan sepucuk pistol dirampas.

Namun motif serangan itu masih tidak diketahui.

Tambahnya, tiada pergelutan semasa suspek ditahan dan dia turut meminta seorang peguam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini