Tiga pelajar dari Pusat Genius @Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal mewakili Malaysia ke World Robot Olympiad 2019 yang berlangsung di Hungary, November depan. Ia susulan kejayaan menjadi johan ketika mewakili Selangor dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan bulan lalu. Pengarah Pusat Genius @Pintar Negara UKM, Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak berkata, kejayaan itu membuktikan pencapaian cemerlang pusat tersebut dalam melahirkan pelajar berkemahiran tinggi dalam robotik dan permotoran. Sejak pasukan robotik tersebut ditubuhkan 4 tahun lepas, mereka berjaya mewakili negara dalam beberapa pertandingan robotik peringkat antarabangsa dengan pencapaian terbaik mendapat pingat emas tahun lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini