Bagi menunjukkan solidariti bersama Ukraine, Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Canselor Jerman, Olaf Scholz dan Perdana Menteri Itali, Mario Draghi menaiki keretapi ke Kyiv. Ketiga-tiga pemimpin itu menaiki keretapi bersama dari Poland.

Ia merupakan kali pertama pemimpin tiga negara Kesatuan Eropah, EU membuat lawatan ke Kyiv sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Mereka dijangka bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan lawatan itu dibuat ketika Kyiv mendesak untuk menjadi salah satu negara anggota EU.

Ukraine juga merayu agar lebih banyak senjata diberikan kepada mereka. Lawatan simbolik tersebut dibuat sehari sebelum Suruhanjaya Eropah membuat syor ke atas status Ukraine sebagai calon EU yang akan dibincangkan pada sidang kemuncak pemimpinnya pada 23-24 Jun.

Kyiv sebelum ini mengkritik Perancis, Jerman dan Itali kerana tidak menunjukkan sokongan yang kuat terhadap Ukraine.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini