Sementara itu, Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM mengumumkan pengadil Jepun, Takuto Okabe, akan mengadili perlawanan akhir Piala FA 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.Okabe akan dibantu oleh dua Penolong Pengadil yang juga dari Jepun iaitu Akane Yagi, dan Osamu Nomura.Sementara pengadil tempatan, Razlan Joffri Ali, diletakkan sebagai pengadil keempat atau pengadil simpanan.Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia, FAM, Stuart Ramalingam dalam kenyataan berkata ia adalah pertama kali dalam sejarah, FAM dan Malaysian Football League, MFL melantik pengadil dari luar negara untuk aksi final liga domestik.Okabe yang merupakan pengadil utama bagi saingan Liga J one, telah menjadi Pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa, FIFA sejak tahun 2015.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini