Tiga pengunjung pusat rekreasi Lata Bayu di Baling, Kedah nyaris maut apabila pokok balak tumbang berhampiran mereka.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat serta angin kencang disusuli kepala air melanda kawasan tersebut.

Pokok balak yang terletak berhampiran sungai, tumbang dan menghempap sebuah kereta dan motorsikal berhampiran mangsa. Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Shamsudin Mamat berkata,

Tiga pengunjung wanita berusia 13, 15 dan 16 tahun itu cedera terkena dahan pokok berkenaan. Dua pengunjung berusia 15 dan 16 tahun dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

Pengunjung berusia 13 tahun yang mengalami kecederaan patah kaki kiri pula dihantar ke Hospital Baling. orang ramai dinasihatkan tidak mengunjungi pusat Rekreasi di daerah itu kerana berisiko berlaku kepala air.

Ekoran kejadian tersebut, Jabatan Perhutanan telah mengarahkan Pusat Rekreasi Lata Bayu ditutup kepada para pengunjung.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini