Tiga maut dalam insiden tembakan oleh tentera terhadap penunjuk perasaan di Khartoum semalam.

Ia rentetan perintah darurat serta membubarkan kerajaan yang diumukan Jeneral Abdel Fattah al-Burhan selepas tentera mengambil alih kuasa dari presiden Sudan.

Dalam satu laporan memberitahu, tentera menggunakan peluru hidup bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang keluar ke jalan raya bagi membantah rampasan kuasa tersebut.

Kira-kira 80 orang lagi turut cedera dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres turut mengutuk kejadian tersebut dan menyelar penahanan beberapa orang menteri yang dilihat sebagai pelanggaran undang-undang.

Majlis Keselamatan PBB dijangka mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan krisis di Sudan, hari ini.

Kesatuan Eropah, Kesatuan Afrika dan Liga Arab turut menzahirkan kebimbangan atas situasi tersebut dan mendesak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini