Di Kuala Krai Kelantan, tiga PPS dibuka khusus untuk menempatkan kes positif COVID-19 dan kuarantin bagi memastikan tiada penularan virus itu di PPS.
 
Keseluruhannya, 24 PPS dibuka menempatkan lebih seribu 256 penduduk terjejas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, tiga PPS berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, SK Dabong, dan SK Manek Urai Baru.
 
Setakat ini, masih belum ada penduduk terjejas banjir yang dipindahkan ke PPS disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan seperti yang ditetapkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini