Kebenaran menjual tiga produk kosmetik dibatalkan Kementerian Kesihatan (KKM) kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, produk terbabit adalah NP Beauty FM Cream, NP Beauty FM Cream 7G dan AS’S Beauty Night Cream.

Pembatalan dibuat kerana ketiga-tiga produk dikesan mengandungi merkuri.

Jelas Dr Noor Hisham, sekiranya penggunaan diteruskan, pengguna berisiko mengalami kerosakan buah pinggang dan sistem saraf, selain mengganggu perkembangan otak kanak-kanak.


Penjualan dan edaran produk terlibat perlu dihentikan serta-merta.

Pihak yang ingkar boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang menggunakan produk terbabit dinasihat berjumpa doktor jika mengalami tidak selesaan.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini