Bagi meningkatkan kualiti kerja sektor pembinaan dan mengurangkan kebergantungan pekerja asing dalam industri pembinaan negara… tiga program latihan disediakan Kementerian Kerja Raya menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, CIDB,

Kesemua peserta program yang telah menamatkan latihan akan dianugerahkan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan, SKKP sepertimana yang diperuntuk menerusi Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Timbalan Menteri, Datuk Arthur Joseph Kurup memaklumkan bermula 2017 sehingga september lepas, seramai 55 ribu 826 peserta menyertai Program Latihan Kompetensi Kemahiran Personel Binaan.

Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia pula mencatatkan 22,284 penyertaan.

Dan Program Perantisan Industri Pembinaan CIDB melibatkan 4,764 peserta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini