Tiga sahabat dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar 134.6 gram dadah jenis syabu di Kampung Bendang Keladi, Batu Gajah, Tanah Merah, empat tahun lalu.

Hakim, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjatuhkan itu terhadap Mohd Nazri Mohamed, 38 tahun; Ismail Jusoh, 47 tahun; dan Mat Zainudin Mansor, 38 tahun.

Ketiga-tiga tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan di akhir kes pembelaan. Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa secara bersama mengedar 134.6g syabu.  

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mereka turut dijatuhkan hukuman penjara enam bulan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Racun 1952 dan enam bulan lagi menerusi pertuduhan pindaan secara berasingan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mahkamah memutuskan kesemua hukuman penjara tersebut berkuat kuasa serentak dari tarikh kesemua tertuduh ditangkap.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini