Tiga sahabat maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 7, Jalan Maharajalela-Teluk Intan, Perak, malam tadi.
 
Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, S. Srinivasa Rao, 19 tahun, maut di lokasi manakala rakannya M. Phooveandra dan K.C. Thinakaran meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kenderaan yang dinaiki lima lelaki itu dalam perjalanan dari arah Hutan Melintang menuju ke Teluk Intan untuk menyambut hari jadi Thinakaran.
 
Siasatan awal mendapati, kenderaan tersebut hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah lori tangki yang tidak sempat mengelak.
 
Mayat kesemua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan untuk proses bedah siasat.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini