Tiga sekeluarga iaitu pasangan adik-beradik bersama sepupu mereka ditemukan lemas selepas berkelah bersama ahli keluarga.

Kejadian berlaku di kawasan Air Terjun Lata Changkah, Ulu Seladang, Setiu, Terengganu, kira-kira pukul 2.30 petang Jumaat.

Mangsa, kesemuanya wanita, adalah Syaridatul Nurfatihah Mohd Dera, 28 tahun, dan adiknya Syariatul Noor Safiqa , 26 tahun, dari Kampung Hilir Maras di Kuala Nerus.

Manakala sepupu mereka Siti Aishah Mazalan, 19 tahun, berasal dari Kampung Mengabang Telung, Kuala Nerus.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Affandi Hussin berkata kejadian berlaku apabila kesemua mangsa telah hampir selesai berkelah sebelum salah salah seorang daripada mereka tergelincir lalu jatuh.

Semasa jatuh, mangsa menarik bersama-samanya dua orang lagi mangsa lain.

Hasil siasatan mendapati kawasan kejadian tersebut adalah terlindung dan tidak dapat dilihat dari tepi jalan serta agak bercerun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini