Bayi berusia lapan belas hari antara tiga sekeluarga hilang tempat tinggal selepas rumah mereka di Kampung Nombor 6, Kuching musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Bomba Dan Penyelamat Zon 1 Kuching, Yusri Basri, kebakaran dipercayai bermula dari sebuah bilik tingkat atas, sebelum merebak ke bahagian lain.

Susulan itu pihaknya menggerakkan dua buah jentera pemadam dengan kekuatan 20 anggota dari dua balai bomba. 

Dalam insiden itu 80 peratus daripada keseluruhan premis musnah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini