Ujian Kecenderungan Kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (UKKM), Ujian Khas Ulul Albab dan Ujian Teknikal bagi Tingkatan 1 dan 4 tahun 2022 akan diadakan awal bulan depan.

Ujian bagi calon di Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu diadakan pada 3 Disember ini, manakala dari negeri lain pada 4 Disember ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, MARA menerima sejumlah 57,122 permohonan untuk ke Tingkatan 1; dan 17,350 permohonan ke Tingkatan 4 bagi tahun 2022.

Pemohon akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.

Calon tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran tarikh, masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan.

Calon UKKM akan dinilai berdasarkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Keperibadian

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini