Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lelaki warga India dipercayai memberi rasuah berjumlah RM2,900 kepada anggota polis bagi mengelakkan tindakan.

Menurut sumber, ketiga-tiga individu bertugas di Pelabuhan Tanjung Pelepas dan ditahan kira-kira 3.30 petang di pejabat SPRM semalam bagi membantu siasatan.

Menurut Pengarah SPRM, Johor Datuk Azmi Alias, siasatan mendapati seorang daripada mereka memberi wang bagi mengelak tindakan kerana kesalahan melanggar Peraturan Pelan Pemulihan Negara 17(1) Peraturan-Peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit kerana berkumpul.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini