Seorang penganggur menikam dada seorang imam gara-gara bengang tidurnya terganggu dengan bacaan al-Quran imam terbabit di Masjid Kampung Apal di Jerteh, Terengganu dalam kejadian Ahad lalu. Mangsa 37 tahun cedera dan menerima tujuh jahitan di dadanya. Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi. Suspek berusia 23 tahun sudah ditahan polis bersama-sama pisau yang digunakan suspek dalam serangan itu. Dia juga positif dadah serta mempunyai jenayah lampau membabitkan kes mencederakan orang dan penyalahgunaan dadah. Suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini