Keupayaan Magawa mengesan lebih 100 periuk api dan bahan letupan lain, menyelamatkan banyak nyawa di Kemboja. 

Tikus pengesan periuk api itu menjadinya, ‘HeroRAT APOPO’ paling berjaya setakat ini. 

Terbaharu, tikus dianggap wira Kemboja itu, mati pada usia lapan tahun, selepas lima tahun berkhidmat.

Magawa berada dalam keadaan sihat seperti biasa, tetapi menjelang hujung minggu lalu pergerakannya mulai perlahan.

Tikus gergasi Afrika itu lahir di Tanzania pada November 2013, dilatih dan dibawa ke Kemboja pada 2016 untuk memulakan tugasnya sebagai pengesan periuk api.

Ia pernah dianugerahkan Pingat Emas PDSA pada September 2020, anugerah keberanian tertinggi yang diterima haiwan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini