Majlis Pelancaran Semula Kiara Skatepark – ‘The Rebirth of Kiara Skatepark’ disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pagi tadi.

Selepas hampir dua tahun tidak beroperasi, pembukaan semula Kompleks Sukan Ekstrem Kiara atau dikenali Kiara Skatepark disifatkan memberi nafas baru buat peminat sukan ekstrem di Malaysia.

Ia juga berita gembira buat seluruh peminat sukan ekstrem yang sebelum ini kehilangan arah apabila tiada tempat latihan sistematik selepas Kiara Skatepark ditutup pada 2019.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap dengan pembukaan semula Kiara Skatepark itu ia akan memberi manfaat kepada komuniti penggiat sukan ekstrem dan secara tidak langsung boleh menjadi pusat latihan rasmi kepada atlet negara pada masa depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini