Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz menyantuni keluarga juruterbang TUDM Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy di Taman Redan Perdana, Muadzam Shah, Pahang.

Selain menghadiri majlis bacaan yasin dan tahlil, beliau turut menyampaikan salam takziah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dan pucuk pimpinan tertinggi ketenteraan negara.

Datuk Seri Ikmal bertemu balu dan ibu bapa Allahyarham bagi menzahirkan rasa simpati atas kejadian yang berlaku termasuk menyerahkan sumbangan peribadi dan sumbangan Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia.

Selasa lalu, nahas pesawat Hawk 108 berlaku ketika menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth.

Insiden turut menyebabkan juruterbang Mejar Mohd Fareez Omar cedera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini