Timur Tengah kekal sebagai destinasi eksport utama Malaysia bagi industri minyak sawit negara.

Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Minyak Sawit Malaysia, MPOC, Wan Aishah Wan Hamid berkata, ini berdasarkan jumlah penduduknya rantau itu yang melebihi 330 juta dengan penggunaan mencecah 2.34 juta tan minyak sawit tahun lalu.

Jelas Wan Aishah, rantau berkenaan telah menunjukkan pertumbuhan konsisten dan permintaan dijangka melonjak dipacu acara global seperti Ekspo 2020 Dubai dan FIFA 2022.

Turki merupakan pengimport utama rantau berkenaan dengan penggunaan lebih 700,000 tan, dan diikuti oleh Iran .

Kedua-dua pasaran tersebut mencatat peningkatan, masing-masing sebanyak 19 dan 25 peratus.

Sebagai penyumbang keempat terbesar kepada ekonomi negara, industri minyak sawit diunjur mengekalkan prestasi kukuhnya tahun ini, disokong pelbagai usaha pemasaran dan promosi.

Berikutan harga komoditi itu yang tinggi, hasil tahun lalu meningkat 40 peratus kepada RM102.34 bilion berbanding 2020.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini