Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluluskan Tindakan Strategik Bagi Konservasi Harimau Malaya untuk tempoh 10 tahun bermula tahun ini.

Ia bagi mengelakkan risiko kepupusan haiwan tersebut yang menjadi simbol negara ini.

Keputusan dicapai pada Mesyuarat Pertama Pasukan Petugas Kebangsaan Bagi Konservasi Harimau Malaya (MyTTF) di Putrajaya yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Tindakan strategik bagi konservasi Harimau Malaya dilaksanakan melalui enam pendekatan termasuk rondaan penguatkuasaan dan pengawalan bersama antara Perhilitan, PDRM, Angkatan Tentera serta komuniti Orang Asli.

Tindakan lain yang dipersetujui adalah meningkatkan kawasan berhutan sedia ada di Semenanjung Malaysia daripada 43.41% kepada 50% menjelang tahun 2040.

Skim akreditasi habitat Harimau Malaya juga dilaksanakan selain mengadakan kempen Selamatkan Harimau Malaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini