Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam menyebabkan kematian orang asli suku Batik di Gua Musang. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, siasatan akan dijalankan sama ada kegiatan perlombongan dan pembalakan sekitar kawasan berkenaan menjadi punca pencemaran sumber air penduduk berkenaan. Beliau turut menyatakan dukacita di atas kes kematian yang berlaku serta mendoakan keluarga mangsa terkorban dan mereka yang sedang menjalani rawatan kembali pulih. Kerajaan katanya akan mengkaji dasar-dasar alam sekitar terutamanya masalah yang sedang dihadapi orang asli di penempatan mereka. Penguatkuasaan yang lebih ketat dan dasar pencegahan juga akan dipertingkat bagi membendung hal ini dari terus berlaku pada masa akan datang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini