Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) memberi amaran bahawa tindakan tegas bakal diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam isu doping sukan itu.

Presidennya Datuk Ayub Rahmat berkata, PABM juga tidak akan teragak-agak untuk menggantung mana-mana negeri terlibat daripada menyertai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa berikutan penyalahgunaan bahan larangan.

Menurut beliau, PABM sentisa menjemput Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) untuk memberikan taklimat dan melakukan ujian doping kepada atlet yang bertanding dalam kejohanan-kejohanan yang diadakan.

Datuk Ayub turut menekankan bahawa semua pengambilan bahan suplemen, produk, ubatan dan herba perlu dirujuk terlebih dahulu dengan Majlis Sukan Negara (MSN), ADAMAS dan Institut Sukan Negara (ISN).

Dua hari lepas, Pengarah ADAMAS, Azura Abidin mengesahkan bahawa seorang badang wanita berusia 22 tahun didapati positif doping pada Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan yang berlangsung di Rompin, Pahang, Oktober tahun ini.

Baru-baru ini juga, PABM membubarkan skuad angkat berat kebangsaan rentetan dari isu doping membabitkan dua atlet kebangsaan selain beberapa lagi kes melibatkan atlet sukan itu sejak beberapa tahun lepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini