Lebih seratus penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir di Gua Musang bertindak meninggalkan kediaman yang disediakan selepas berlaku kematian mengejut sejak sebulan lepas. Mereka dipercayai menggunakan bekalan air yang dipercayai sudah tercemar dengan aktiviti perlombongan dan pembalakan.Kedudukan kampung itu yang terlalu jauh, menyukarkan mereka mendapat bekalan air bersih yang disediakan Jabatan Kemajuan Orang Asli. Sejak lima tahun lepas, air sungai berdekatan bertukar warna dan kotor, yang turut menjejaskan air tadahan di perkampungan mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini