10 aspek diberi penekanan oleh kerajaan Perlis dalam meningkatkan kebersihan premis makanan di negeri itu. Langkah itu bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan penyediaan makanan kepada pelanggan ke arah mencapai sasaran Perlis Bersih dan Indah.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof, aspek yang diberi keutamaan termasuk kebersihan diri petugas dan persekitaran premis makanan.

Aspek lain termasuk pengendalian makanan terjaga, mengelak penggunaan plastik, menggalakkan pembayaran tanpa tunai dan pematuhan SOP COVID-19.
 
Beliau menyertai kempen pembudayaan kebersihan dan peningkatan standard perkhidmatan perniagaan makanan seluruh Perlis di Kuala Perlis. Kempen turut disertai pihak berkuasa tempatan Kerajaan Tempatan dan Majlis Perbandaran Kangar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini