Pakej cuti penjawat awam dan pesara kerajaan dilancarkan. Ia sebagai salah satu usaha meningkatkan pelancongan domestik di negara ini.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, MOTAC Datuk Seri Nancy Shukri, Malaysia memberi fokus kepada produk-produk pelancongan seluruh negara, sekaligus mampu menjana ekonomi. Selain pakej penginapan, mereka juga akan dapat menikmati tawaran diskaun bagi harga tiket sehingga 30 peratus.

Antara produk pelancongan yang tersenarai termasuk Putrajaya, I-City Shah Alam, Genting Highland, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor dan Taman Negara Endau Rompin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini