5G kini di Malaysia.

Perkhidmatan ditawarkan kepada pengguna melalui dua pengendali rangkaian mudah alih (MNO) Telekom Malaysia Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Digital Nasional Berhad (DNB),  Ralph Marshall berkata pihaknya menyasarkan 80 peratus liputan 5G di seluruh negara menjelang 2024.

Perkhidmatan 5G menawarkan kelajuan ketersambungan internet yang jauh lebih baik,  mampu menyokong penggunaan penstriman serta muat turun kandungan video berkualiti 8K, permainan berasaskan teknologi awan dan kandungan realiti terimbuh (AR).

Ralph Marshall bercakap pada sidang media majlis ketersediaan perkhidmatan komersial 5G di ibu negara.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek dan pemain industri telekomunikasi.

Untuk permulaan, perkhidmatan 5G tertumpu di kawasan bandar melibatkan Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

DNB yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan, telah diberi mandat oleh kerajaan untuk melaksanakan penggunaan infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini